Wednesday

haram tetap haram . .

nak kongsi kisah tentang COUPLE ISLAMIC & entry ni ditujukan khas buat mereka yang mempertahankan COUPLE ISLAMIC mereka sebelum nikah.

Jom ikuti kisah ni...

Kisahnya mengenai 3 orang iaitu Aiman, Ain & Asyraf. Aiman & Ain sama² belajar di SAM Bestari. Beberapa lama kemudian, Aiman jatuh hati pada keayuan Ain.

* Matanya mengalahkan Zinnirah. Wajahnya berseri² dengan .cahaya keimanan.

Pergh!! Cantik sangatlah jika nak diceritakan.

Tetapi, Aiman cuba tahan. Dia tidak boleh meluahkan perasaan dia pada Ain sebab nanti takut kena tangkap dengan AJK pencegah maksiat sekolah (BADAR - Badan Dakwah & Rohani).

Beberapa tahun berlalu...

Akhirnya, apabila Aiman berada di Tingkatan 4, dia sudah tidak mampu bertahan. Dia mengatur langkah & akhirnya, Ain tewas pada pujuk rayunya.

Walau bagaimanapun, mereka ini sedar yang mereka orang Islam. Islam tidak membenarkan umatnya ber'couple'.

Jadi mereka berpakat yang mereka ini hendak membuat satu revolusi dalam couple.

"COUPLE ISLAMIC"!!!

Asal keluar, pergi tempat terbuka. Tak mainlah tempat gelap² ni. Bukan itu sahaja, Ain kena pakai tudung labuh. Aiman pula pakai serban & jubah. Lepas itu, mereka keluar bukan membuang masa tapi keluar bawa Al-Quran.

Berhenti di kedai makan, tadarrus lagi. Jalan pula, tiada pegang² tangan, mereka ikut cara Nabi Musa.
Lelaki di depan, perempuan di belakang.

Bila balik rumah, missed call pagi². Suruh qiamullail.

Hah!!! Kan Islamic punya couple tu.

Setelah setahun mengamalkan taktik sedemikian, Aiman ditakdirkan bertemu dengan Asyraf. Ketika itu Aiman & Ain sedang bertadarrus di RFC (Radix Fried Chicken).

Asyraf tiba² datang menghampiri mereka kerana tiada tempat duduk.

Bila duduk, Asyraf bertanya, "Have you married?".

"No.", jawab Ain.

"So, why you sit together with this ajnabi alone here", tanya Asyraf.

"Kami couple, tapi Islamic way" jawab Aiman.

Asyraf hanya tersenyum mendengar jawapan itu. Asyraf pun memulakan ceritanya.

"Aku ni muallaf. Asal dulu aku kristian. Tinggal kat Singapore. Dulu, aku suka sangat makan babi. Kalau sehari tak makan, pengsan aku. Pernah sekali mak aku terlupa beli babi, aku masuk wad malam tu.

Tetapi, Alhamdulillah, Allah buka pintu hati aku untuk terima hidayah-Nya. Bila aku masuk Islam, aku dapat tahu, dalam Islam tak boleh makan babi.

Aduh, pening kepala aku. Macam mana aku nak buat ni??? Seminggu aku masuk hospital lepas masuk Islam.

Kalau zaman Rasulullah dulu ada peringkat² pengharaman contohnya ARAK.

Tapi aku…TIADA.

Jadi, time kat hospital tu aku fikir.

Akhirnya, aku jumpa satu jalan keluar. Aku nak Islamkan babi tu. Aku beli seekor anak babi. Dari kecil aku jaga dia. Seekor lalat pun aku tak bagi dekat. Setiap jam aku mandikan dia. Lepas 3 hari, aku bisikkan kat telinga dia dua kalimah syahadah. Lepas tu, tiap² hari aku bagi tazkirah kat babi tu. Asal dia berak aku vacuum terus. Beginilah kehidupan aku & babi tu selama 2 tahun.

Lepas 2 tahun, masa yang ditunggu² tiba. Masa untuk sembelih babi ni. Tengok² babi ni tiada leher. Tapi, lantaklah. Aku tibai je sebab dah 2 tahun tak makan babi.

Lepas tu, aku pun masaklah bakut teh. Tengah² makan, nampak seorang ustaz tengah jalan². Muka macam lapar je. Aku pun ajak la dia makan.

Ustaz!!! Jom makan. BABI ISLAM ni.”

Bila terdengar kisah itu, Aiman & Ain pun sedar.

Kalau benda itu HARAM, ia tetap HARAM. Yang HALAL itu jelas & yang HARAM itu jelas.

Tamat....

Best tak kisah ni?

Mungkin agak kasar tapi sesuai nak bagi peringatan kepada mereka sedang kemaruk COUPLE ISLAMIC yg tegar dgn hujah² yg menghalalkan cara.

Moga kita (saya & pembaca) tidak tergolong...

P/s: Yang HARAM tetap akan HARAM walau kita cuba pelbagai cara sekalipun untuk mengHALALkannya. Peringatan untuk diri sendiri terutamanya.

---> Boleh je couple tapi lepas nikahlah so jadilah couple Islamic juga..
*copy n paste

surat :)


haha , nenek baca pun dak gelak-gelak . mana taknya . lucu bebenor dia tulis surat . yang tak tahan tu "aribulang" . bukan main lagi mamat ni . hahaha . :D

Monday

Tahi Lalat ?

Masyarakat pada zaman dahulu mengenal seseorang dgn melihat tanda padabadannya. Diturunkan di sini firasat tentang tahi lalat. Sejauhmana kebenarannya tidaklah diketahui dgn jelas. Namun begitu, ia biasa diajarkan di kalangan Masyarakat Melayu. Hanyalah sekadar menambah pengetahuan.

bibir atas kanan - banyak rezeki, pandai
bibir atas kiri - ramai kawan, baik hati
bibir bawah kanan - disegani orang, ramai yg suka
bibir bawah kiri - pandai bicara, tak mudah kalah
leher kanan - cerdas, jujur, berani menderita
leher kiri - cerdas dlm segala hal dan banyak pengetahuan
leher di tengah - tercapai cita-cita
biji mata kanan - suka serong dan pembohong
biji mata kiri - pembohong tetapi baik hati
hujung mata kanan - baik hati, sopan santun, cerdas
hujung mata kiri - baik budi, murah rezeki
betis kanan - suka berhibur, boros
betis kiri - rajin, tidak suka menganggur
lutut kanan - bersikap tidak peduli dan tak mahu berusaha
lutut kiri - kurang kuat berusaha
kepala sebelah kanan - terkabul cita-cita
kepala sebelah kiri - sering menemui kesusahan
kepala sebelah belakang - jujur, sabar dan tekun
kening kanan - cerdas dan cekapkening kiri - cerdas, sopan santun
tengah kening - keras hati, berani segala hal
hujung mulut kanan - kecil rezeki, tak mudah kalah
hujung mulut kiri - suka berpoya-poya
ketiak kanan - dapat menyimpan rahsia
ketiak kiri - jujur, banyak yang cinta
pergelangan kaki kanan - suka berpergian (keluar rumah)
pergelangan kaki kiri - kehendak kuat
batang hidung - banyak dicintai orang dan dapat menjadi kaya
pada hidung - banyak rezeki
dagu bawah kanan - jujur dan baik hati
dagu bawah kiri - bijak sana dan berbudi luhur
kemaluan kanan atau kiri - baik, suka senggama
di kepala kemaluan (lelaki) - bakal beristeri 2
tumit kanan - jujur dan banyak kawan
tumit kiri - baik budialis kanan suka - menolong, baik hati
alis kiri - ramai yang suka
pangkal peha kanan - kemahuan kuat
pangkal peha kiri - suka kerja apa pun
telapak kaki kanan - tak mudah mengeluh
jari kaki kanan - suka menolong
jari kaki kiri - berbudi, suka berbuat baik
bahu kanan - cermat dlm membuat keputusan, banyak tanggungan
bahu kiri - suka kerja keras, banyak tanggungjawab
lengan kanan - setia dan taat pada atasan
lengan kiri - menepati janji dan rajin
pipi kanan - ramai teman
tengah-tengah pipi kanan - ramai yg suka
tengah-tengah pipi kiri - ramai teman
ubun-ubun - kurang jujur
pusat - cerdas, tangkas, tekun
pusat bahagian kanan - sejahtera dalam hidup
pusat bahagian kiri - beroleh kemuliaan
pinggang kanan - sayang pada pasangan hidup
pinggang kiri - disayang pasangan hidup
dada kanan - dapat mengatasi masalah
dada kiri - berani, jujur dan sabar
telapak kaki kanan - tidak mudah mengeluh
telapak kaki kiri - baik budi pekertinya
siku tangan kanan - kuat ingin memiliki kekayaan
siku tangan kiri - baik hati, suka menolong
jari tangan kanan - serba beroleh keuntungan
jari tangan kiri - serba baik bekerja
jari telapak tangan kanan - banyak rezeki tapi boros
jari telapak tangan kiri - banyak rezeki dan cermat
perut bawah kanan - banyak rezeki, suka memberi maaf
perut bawah kiri - baik hati, tenang hidupnya
sudut mata kanan dalam - disayang suami atau isteri
sudut mata kiri dalam - tidak mudah dilupakan pasangan
sudut mata kanan luar - baik budi, ramai yg cinta
pelipis kiri - murah rezeki, dpt jadi kaya
pelipis kanan - serba berhasil dalam usaha
kelopak mata kanan atas - baik hati, ramah, berjaya
kelopak mata kiri atas - baik budi, ramai yg suka
kelopak mata kanan bawah - agak malas
kelopak mata kiri bawah - agak bodoh, kurang bijaksana



benarkah ? :)

warkah untuk pakwe :D

baru2 ni member aku mcg . dalam mcg tu beliau berkata 'teah!tlg aku,aku nak bagi hadiah kt awek aku,dlm mase yg same aku nak tulis surat la jgk utk die,cam ner ea nak tulis surat untuk awek?' . sengal ! mana lah aku reti , beria dia suruh tunjuk contoh untuk dia . dia cakap tolong la , kalau kau bagi surat kat pakwe kau , kau nak tulis ape ? aku terdiam , dalam masa yg same aku terpk , aku kene tulis surat jugak ke untuk pakwe aku ? hmm , tapi kalau aku , aku akan tulis . . 


                                                                                                                 Chukai , Terengganu
                                                                                                                       1 Januari 2012


Dear My Pakwe ,
      Macam yang kau tahu yang menulis surat ini mestilah awek kau yang kau rasa cukup cun padahal tidak iaitu aku. Dengan ini , aku nak tulis surat ini khas untuk kau pakwe aku. Disebabkan aku nak tulis surat ini untuk pakwe aku , hanya kau sahaja yang boleh baca surat ini sebab aku menulis surat atau nama lainnya ialah warkah ini untuk kau

Weh Pakwe Aku ,
       Kalau kau taknak aku ramai pakwe jangan sesekali kau bagi orang lain tolong bacakan walau ketika itu kau sakit mate sampai tak boleh bukak , tengah makan , tengah tidur or pape je lah sebab surat yang dikenali sebagai warkah ini adalah untuk pakwe aku iaitu engkau . So , kau lah yang kena baca , sebab jika mereka yang laen tak kira lah adik lelaki kau yang berumur 1 tahun tu baca automatik dia tu pakwe aku sebab aku tulis surat atau nama glamournya warkah ini untuk pakwe aku jadi yang baca tu lah pakwe aku. Kan? 

Ehem Pakwe Aku ,
       Tujuan aku menulis surat yang dipanggil warkah ini adalah kerana nak suruh kau baca apa yang aku tulis sebab surat ini hanya untuk pakwe aku iaitu kau. Aku pasti kau akan membaca surat atau lebih senang memanggil warkah ini sebab kau je lah pakwe aku. Kan? Oleh itu , jangan sesekali kau mengabaikan surat atau nama lainnya adalah warkah ini kerana ianya hanya untuk pakwe aku iaitu kau.

Hah Pakwe Aku,
       Kau tahu tak? Cukup payah aku nak menulis atau mencoret surat yang dipanggil warkah ini kerana aku sering diganggu oleh manusia yang suka poke orang . Dan mereka asyik poke mengepoke . Disebabkan oleh gangguan-gangguan sedemikian aku menjadi penat, kau sebagai pakwe aku kau kena balas surat yang dicoret oleh aku sebagai balasan kau menghargai surat yang dipanggil warkah ini. Okey ? Bye.

                                                                                                             Awek Kau ,
                                                                                                                "tM'

lari rumah ?

haha , nenek tak berape faham ape budak zaman sekarang ni nak , sampai budak masih sekolah sibukkkkkk nak lari rumah ? lagi lagi budak perempuan ! huh ! kaum nenek lagi , bikin malu la korang . nampak sangat la bodoh nya , hee . korang lari , lari kemane ? ikot jantan ? banyak duit jantan tu tanggung korang ? dia topup pun mintak kat mak bapak lagi laa . sia sia korang tau tak . tak terpikir ke ? kalau betul jantan tu nak kat korang dia takkan dorong korang lari rumah ni tau , apa lah bodoh sangat ! hah , lepas tu bikin maksiat besar , berzina ! bukan nenek bodoh sangat kalau laki n perempuan berdua ! kan ? zaman sekarang . . tak tahu la ape nak jadi . korang tak nak jaga diri korang lantak korang la tapi cuba jaga diri mak bapak korang . air muka mak korang tu . jaga laa . pk pk pkk . okayy ?