Monday

Cinta padaNya , Cinta KEKAL :)

Aku masih di sini..Dan Dia juga masih di sini...siapa Dia?Dialah Allah..Dia bukanla la insan..Dia tak sama macam kita..Tak sama dengan semua makhluk...Dia zat yang Maha Besar..Yang takkan sekali-kali melupakan makhlukNya..Aku sedar hanya aku yang sering melupakanNya..Aku sering leka pada cinta dunia..Kenikmatan dunia..Aku seorang hambaNya yang lalai..Ye...sering leka dan taksub pada cinta manusia..insan...yang belum tentu menjanjikan bahagia..samada bahagia di dunia mahupun di akhirat..Yang mana satu sepatutnya kita pilih antara bahagia di dunia atau di akhirat? Hanya satu pilihan..tapi andai kita pilih dua-dua..macamana? Aku sering tertanya-tanya boleh ke aku bahagia di dunia apatah lagi di akhirat dengan bekalan yang sedikit di dada..dengan amalan yang tak sampaipun sebesar zarah amalanku..Ya Allah..aku hambaMu yang lemah..Aku pernah tersesat dalam mencari redhaMu.Aku sesat dalam memilih jalanMu. Hanya Engkau yang mengatahui sejauh mana aku pernah tersesat..Aku mohon redhaMu dan redhaila insan-insan yang pernahku cinta dan insan-insan yang masihku cinta..Redhaila orang yang sentiasa menyayangiku..Bukan ku tak sayangkan mereka..Tapi aku tak pandai nak tunjukkan macammana caranya menyayangi seseorang..Aku dah beberapa kali tersungkur tersadung di lembah hati hina yang tak sepatutnya aku jejaki..

Ya Allah, aku pernah mencintai dia dan menyayangi dia..Namun sekarang aku sedar..bahawa cinta pada manusia tak kan kemana..sebagaimana cinta pada bunga, bunga akan layu, cinta pada manusia akan pudar, Namun cinta kepada Alah adalah cinta yang hakiki..Tak guna kita mengharapkan cinta manusia..Aku sedar dan aku tahu..Bila kita cintakan manusia memang betul dunia dirasakan indah..semuanya kita yang punya..tapi cinta pada manusia tak kan selalunya kekal..bila cinta di hatinya dah pudar..hati beralih arah..kata-kata manis dan pujuk rayu tak kan ada gunanya lagi..menangislah air mata darah sekalipun kita tak kan dapat apa yang kita impikan bersamanya lagi..Lalu apa jadi? Dunia dirasakan hancur..semangat, tenaga semuanya musnah..menangisla semahu-mahunya namun apa yang tinggal? di saat itu apa yang ada? orang yang kita sayang jauh meninggalkan kita..dan pada waktu itu barula kita tahu..kita semua tahu..hanya Allah yang tetap bersama kita setiap saat setiap detik..Dia sentiasa menemani kita..Cuma kita yang ego..yang lari dariNya.Kita lebih rela mencari kebahagiaan yang belum tentu boleh membahagiakan kita di akhirat sana..Kita hanya la seorang musafir kelana..sekarang..di dunia sekarang..Tempat yang paling kekal adalah di sana,Akhirat...

Dalam sebulan lebih ni aku dah banyak belajar tentang erti cinta..Apakah sebenarnya cinta?Pada siapa kita harus letak cinta kita..Waktu aku menangis semahu-mahunya siapa yang ada di sampingku waktu itu? Tiada..Tiada siapa yang mengetahui kisah duka aku..Pada siapa aku cari waktu itu..Pada Dia..Dia yang Maha Besar, Zat yang Maha Esa yang selama ini aku tinggalkan.Diala yang menjadi pengubat rindu aku..Diala yang menjadi penawar duka aku..Dialah Tuhan yang Maha Berkuasa..Sememangnya inilah ujian yang diberikan untuk kita sebagai hanbaNya..Ujian yang membuktikan tiada siapa yang berkuasa dan tiada siapa yang berhak mendapat cinta yang lebih besar selain Dia..Dia yang berhak mendapat cinta dari kita.Kerana Dialah yang menciptakan kita..Dia yang menghidupkan dan mematikan kita.Dia yang memberi rahmat, kasih sayang, nikmat, hikmah, kegembiraan kepada kita...Dia yang patut dapat segala-galanya..

Aku harap segala yang telah berlalu menjadi pengajaran yang sangat bernilai kepada aku dan kepada semua..Jangan sekali-kali kita lalai dari mengingatiNya..Janganlah mengeluh dan berduka cita dengan segala ujian yang Allah berikan kepada kita kerana Dia Maha Mengetahui atas tiap-tiap sesuatu..Mungkin ada yang lebih baik yang Dia akan bagi pada kita..Siapa tahu?Hanya Dia yang Maha Mengetahui segala-galanya..Jangan sekali-kali kita lupa padaNya.Sentiasa la berdoa dan mohonla diperkuatkan hati setiap kali kita di timpa ujian..Anggapla semua yang berlaku bukanla bencana atau musibah..tetapi ujian untuk menguji tahap keimanan kita demi memantapkan lagi iman kita...Allahuakbar..Allahuakbar..Allahhuakbar..Allah Maha Besar..Nikmat cinta yang Engkau berikan adalah nikmat yang tak ternilai..Ampunkan la segala doasa-dosa hamba-hambaMu..Kembalikanlah kami ke jalan yang benar, jalan yang diredhaiMu.Bahagiakanlah aku dan hamba-hambaMu di dunia dan di akhirat..Amin Ya Rabb..

Doa supaya diyakinkan si dia adalah jodoh kita ;)

Mulakan dengan bismillah dan selawat ke atas Nabi..
Ya Allah… Seandainya telah engkau catatkan… Dia milikku tercipta buatku… Satukanlah hatinya dengan hatiku… Titipkanlah kebahagian antara kami…. agar kemesraan itu abadi… Dan ya Allah… ya tuhanku yang maha mengasihi… Seiringkanlah kami melayari hidup ini… Ketepian yang sejahtera dan abadi…
Tetapi ya Allah… Seandainya telah engkau takdirkan… dia bukan miliku… Bawalah ia jauh dari pandanganku… Luputkanlah ia dari ingatanku… Dan peliharalah aku dari kekecewaan….
Serta ya Allah ya tuhanku yang maha mengerti… Berikanlah aku kekuatan… Melontar bayangannya jauh ke dada langit… Hilang bersama senja nan merah… agar aku bahagia… Walaupun tanpa bersama dengannya…
Dan ya Allah yang tercinta… Gantillah yang telah hilang… Tumbuhkanlah kembali yang telah patah… Walaupun tidak sama dengan dirinya…
Ya Allah ya tuhanku… Pasrahkanlah aku dengan takdirmu… Sesungguhnya apa yang telah engkau takdirkan… Adalah yang terbaik buat ku… kerana Engkau maha mengetahui… Segala yang terbaik buat hamba Mu ini…
Ya Allah… Cukuplah engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku… Di dunia dan di akhirat… Dengarlah rintihan dari hamba Mu yang daif ini… Jangan engkau biarkan aku sendirian… Di dunia ini mahupun di akhirat… Menjuruskan aku kearah kemaksiatan dan kemungkaran… Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman… Supaya aku dan dia sama-sama dapat membina kesejahteraan hidup… Ke jalan yang Engkau redhai… dan kurniakanlah padaku keturunan yang soleh….
Amin.. Ya Rabbal A’lam

Setiap kejadian menimpa manusia pasti ada sebab serta mempunyai hikmah

KITA selalu mendengar keluh kesah sesetengah orang yang bertanyakan kenapa agaknya suratan kehidupan mereka begitu susah untuk memperoleh kesenangan dan begitu senang pula mendakap kesusahan.
Mereka iri hati dengan keadaan orang lain yang ditakdirkan senang memperoleh kesenangan secara berterusan. Ada manusia yang hidup senang dan kaya raya, ada hidup susah dan melarat, ada dulunya senang tetapi kemudian hidup melarat.
Hakikatnya, inilah asam garam dan pancaroba kehidupan yang harus diterima dengan hati terbuka. Sebagai khalifah di muka bumi, perlulah kita membuat analisis dan muhasabah. Berfikir secara waras bahawa ketentuan Allah SWT mempunyai seribu satu sebab yang terkandung hikmah dan pengajaran.
Cuba nilai mengapa sesetengah manusia diberikan ujian terlalu hebat oleh Allah SWT? Mengapa sesetengah yang lain diberi rahmat dan rezeki yang tidak putus-putus?
Setiap sesuatu dijadikan atau ditakdirkan-Nya itu pasti ada sebab dan mempunyai hikmah. Manusia hanya perlu bersyukur jika diberikan rahmat dan rezeki yang melimpah ruah.
Firman Allah SWT yang bermaksud:
“Dan jika kamu menghitung nikmat Allah (yang dilimpahkannya kepada kamu), tiadalah kamu akan dapat menghitungnya satu persatu; sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” (Surah an-Nahl, ayat 18)
Begitu juga sebaliknya, manusia perlu terus-menerus bersabar andai diuji dengan dugaan demi dugaan. Setiap sesuatu ketentuan perlu dihadapi dengan waras, bijak, tenang, serta berserah tanpa kompromi atau bersyarat kepada Allah SWT.
Tidak perlulah melihat dalam perspektif yang luas, lihat saja diri kita sendiri. Dalam banyak waktu, kita iri hati melihat sahabat yang nampak bahagia sepanjang masa dibanding kita tidak senang atau bahagia seperti mereka.
Ini memang amalan manusia, suka membanding-bandingkan diri dengan orang lain. Cuba lihat rakan lain yang selalu dirundung kesukaran, kesakitan, kepayahan dan duka? Bandingkan nasib mereka dengan kita.
Hanya dengan cara ini kita akan mengucap syukur Alhamdulillah. Sekurang-kurangnya kita menyedari ketentuan nasib yang lebih baik dan senang berbanding mereka. Hakikatnya, manusia sukar untuk merasa puas.
Oleh itu, sehebat mana ujian yang dihadapi hendaklah reda, bersyukur dan bertawakal kepada-Nya. Giatkan usaha dan berdoa supaya Allah memberikan petunjuk dan mengurniakan keadaan lebih baik daripada sebelum ini.
Allah SWT berfirman yang bermaksud:
“Dan sesungguhnya kami akan berikan cubaan kepada kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang yang sabar iaitu orang yang apabila ditimpa musibah mereka mengucapkan, Innalillahi Wainna Ilaihi Rajiun, maka itulah mendapat berkat dan rahmat daripada Tuhannya dan mereka itulah orang yang mendapat petunjuk.” (Surah al-Baqarah, ayat 155-157)
Akan tiba masanya, kalau tidak di dunia, Insyaallah di akhirat kelak, terbit sinar kebahagiaan dan rahmat-Nya menerangi kehidupan, berkat kesabaran serta keimanan menempuhi ujian demi ujian.
Perlu diingat, sebanyak mana harta kemewahan dan kesenangan dianugerah Allah hendaklah disyukuri. Perlu juga diyakini segala nikmat diperoleh dengan izin Allah SWT, dan dengan kehendak Allah juga, boleh hilang dalam sekelip mata.
Allah SWT berfirman yang bermaksud:
“Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan (saja) mengatakan ‘kami telah beriman’ sedangkan mereka belum lagi diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah SWT mengetahui orang yang benar dan dan orang yang dusta.” (Surah al-Ankabut, ayat 2-3)
Ingatlah, setiap apa yang kita lakukan, baik mahupun tidak, akan tetap dihitung dan diberi balasan sewajarnya oleh Allah SWT.
Firman Allah yang bermaksud:
“Sesiapa yang mengerjakan kebaikan seberat zarah, nescaya dia akan melihat (balasannya), dan sesiapa yang mengerjakan kejahatan sebesar zarah, nescaya dia akan melihat (balasannya) pula.” (Surah al-Zalzalah, ayat 7-8)
Untuk itu, janganlah kita mudah mengeluh apabila berdepan dugaan hingga mudah syaitan menusuk jarum kebencian terhadap takdir Allah SWT. Kita menjadi lupa kepada Allah serta lupa kekuasaan dan pembalasan-Nya.
Janganlah kita menjadi seperti kaduk naik junjung atau luncai yang terjun dengan labu-labunya sehingga dikatakan sebagai orang yang ‘kufur nikmat’.