Friday

Korang pernah tegur rakan-rakan korang yang tak menutup aurat ni? Kalau pernah mungkin salah satu alasan kat bawah ni pernah rakan korang bagi. Kat bawah ni jugak ada jawapan bagi alasan dorang yang tidak menutup aurat ni…


1. Semua yang tutup aurat, confirm masuk syurga ke?
* Yang pasti, kalau tak tutup aurat, confirm masuk NERAKA..Nauzubillah

2. Tudung labuh pun macam baik sangat. Buat dosa jugak. Mengumpat orang.
* Bila Iblis tak mahu ikut perintah Allah untuk bersujud kepada Adam, dia menyalahkan perintah Allah itu. “Apahal pulak aku kena sujud, aku lebih baik dan mulia”. Samalah seperti tudung. Tudung pula yang disalahkan, ” pakai tudung tak mestinya baik..bla…bla…bla…”

3. Macamlah kau bagus sangat nak tegur aku. Kau dulu lagi jahat nak mampos.
 * Tidak tersabit larangan dari Nabi untuk seseorang yang bahkan baru masuk Islam untuk pergi berdakwah kepada kaumnya. Maksudnya, dakwah itu tuntutan. Selagi kau Islam, dakwah tu wajib walaupun kau sendiri tak berapa betul. Sekurang-kurang dia insaf dan bertaubat sekarang.

4. Walau kami pakai seksi tapi hati kami baik.
 * Adakah kau mendakwa diri kau mempunyai hati yang suci, iman yang tinggi dan kononnya ia sudah cukup menjamin maruah diri kau tanpa perlu menutup aurat?

5. Pakai jarang ke ketat ke, itu hak kami. Kalau tak suka jangan tengok.
 * Adakah kau berani menjamin bahawa semua lelaki ajnabi mempunyai hati suci dan iman yang tinggi untuk menahan godaan syaitan serta nafsu yang membuak-buak?

6. Kami rasa apa yang kami pakai tak seksi. Terpulang kepada individu yang memandang kami.
 * Seksi atau tidak, kau tetap berdosa walaupun hanya menayang sehelai rambut kau.

7. Walau kami tak bertudung, kami tetap solat dan puasa.
 * Apakah ibadat kau diterima? Kau yakin cuma dengan berpuasa sudah cukup untuk menjamin kau masuk syurga?

8. Suka hati kamilah nak pakai macam ni. Kami tak susahkan hidup orang lain.
 * Kau sebenarnya dah susahkan bapa, abang, adik, suami serta orang lain dengan menarik mereka ke neraka bersama kau disebabkan mereka tidak menegur dan gagal mendidik kau.

9. Apa yang kami pakai, ini antara kami dengan ALLAH.
 * Berani cakap di dunia, berani ke kau cakap macam tu depan Allah nanti? Lawan perintah Allah, Neraka tempatnya.

10. Kami pakai seksi macam ni, sebab ikut arahan photographer/pengarah filem untuk disesuaikan dalam scene (ayat artis).
 * Sanggup patuh arahan mereka daripada patuh suruhan Allah?

11. Bukan kami tak mahu menutup aurat, cuma masih belum sampai seru.
 * Mati tidak mengenal usia. Tak takut ke mati dalam usia muda? Tak sempat nak bertaubat nanti.

12. Takkan nak buat perubahan secara drastik? Slow-slow la.. 
* Boleh ke cakap kat Malaikat Izrail nanti, tunggu kejap! Lepak la dulu. Jangan ambil lagi nyawa aku. Boleh?

13. Tutup aurat tu bagus tapi kami tidak mahu hipokrit kerana tidak ikhlas melakukannya.
 * Kalau begitu kau sebenarnya memang hipokrit kerana tidak ikhlas beragama Islam.“Wahai wanita, setiap ciptaan tuhan yang berharga di dunia ini akan terlindung dan amat sukar untuk diperolehi.


Di mana kamu boleh dapatkan permata? Tertanam jauh di perut bumi, tertudung dan dilindungi.Di mana kamu jumpa Mutiara? Terbenam jauh di dalam lautan, tertudung dan dilindungi oleh kulit kerang yang cantik.Di mana kamu cari emas? Terperosok di lapisan bumi tertudung dengan lapisan demi lapisan tanah dan batu. Tubuh kamu adalah suci malah lebih berharga daripada emas mahupun permata. Oleh itu kamu juga perlu bertudung dan melindungi diri kamu.”

PENDAM

Ianya perasaan yang sukar dimengertikan mengenali lalu merindui bukan sekadar wujudnya keberadaan yang biasa-biasa malahan dirasai tanpa disedari mengisi ruang yang tak minta dipenuhi sekadar bahagia yang kekal abadi di sanubari setiap detik semakin menelanjangi rongga kenangan tergiang bait kata-kata menjadi susunan cerita terpahat kejap kemas meramas rindu seandainya dibiarkan sahaja berarus lalu hanyut ditelan pandangan yang semakin kabur mungkinkah masih mengingati masihkah mengimbas kembali melawat dan melewati sekali lagi pasti? gugur berderai bertaburanlah perasaan sekali lagi menghamparkan silaaan dan telentangnya merelakan menusuk-nusuk berkali disentuh menyentuh naluri yang sekian lama kedinginan puas dan meronta-ronta zahir di pelukan sehabisan usia yang bersisa kalau itu sekadar halimunan rasa sahaja andai itu cuma halusinasi sekadar secebis bayangan bahagia tetap sebentaran dalam mimpi indah selagi belum terjaga ruang renggang di antara kedudukan yang tak pernah mengiyakan bersama atas puncak yang serupa menghormati jarak selesa untuk bersuara masih mendengar masih memandang itu seadanya yang mampu kekal dan selagi tak menuturkan kata racun "aku cinta kamu" selagi itulah kebersamaan kini kekal madu yang menitis perlahan-lahan dan lama benarkah? nikmat paling berharga kadangkala terbit dari gejolak yang terlindung membara sahaja kerana ia menghidupkan bara semula sebelum padam dan kegelapan selama-lama? berulangan berkali-kali menidakkan sangkaan itu mengetahui rasa ini hanya sebelah sini bertembok tinggi antara dinding yang pasti berpaling sejauh manapun elak bertentang namun ia mendesak untuk menoleh walaupun seketika meskipun masih tersenyum kaku membeku hanya memandang dan dia tersenyum dan kamu tergamam dan kalian mendiam membungkam memendam.

pesan dari hati :)

ni nenek nak serius sikit . .

+ jangan buat orang yang kita cinta menangis kerana SATU HARI nanti kau akan MENANGIS untuk dia seperti dia menangis untuk engkau dulu. .

+ jangan kau membiarkan dia merindui engkau kerana SATU HARI nanti kau akan MERINDUI dia seperti mana dia merindui kau dulu . .

+ jangan kau ego seolah-olah dia tidak memerlukan engkau kerana SATU HARI nanti kau akan MEMERLUKAN dia seperti mana dia memerlukan engkau dulu . .

+ jangan kau berlagak seolah-olah engkau tidak mencintainya seperti mana dia mencintai kau kerana SATU HARI nanti kau akan terlalu mencintainya dan tika itu dia sudah tidak mencintai diri mu . .


p/s : manusia akan menghargai seseorang setelah seseorang itu tiada lagi dalam hidupnya dan ketika itu nak menyesal pun tiada gunanya lagi :)

cinta pada Mu

Selangkah demi langkah Ku dekati dan ku hampiri diri Mu Untuk bersimpuh dan bersujud Dalam pangkuan hangat Mu Sejengkal demi jengkal Kurapatkan tubuh ku di sisi Mu Untuk dapatkan seteguk Kasih dan cinta yang takkan Pernah habis dimakan zaman Ku angkat kedua tangan Yang hina dan nista Demi mengharapkan Sambutan hangat dari Mu Peluk dan kecuplah diriku Dalam dekapan mesramu Dalam desah nafas ku Yang menggebu Ku memohon doa tulus untuk Mu Agar cinta dan kasih Mu Selalu abadi dalam kalbu Hingga ku kembali pada Mu Dalam gelap ku berharap Dalam hening ku bermohon Mengharap kasih Mu Memohon redha Mu Berikan aku setetes hidayah Limpahkan aku seberkas cahaya Tuangkan aku secangkir maghfirah Yang takkan pernah usang ditelan zaman Ya Robbi…….. Ku tak sanggup terus begini Ku tak mampu berada di dunia ini Dunia yang selalu menyiksaku Dunia yang selalu memaksaku Bergelimang dengan harta dan dosa Tunjukkan aku jalan Mu Bimbinglah aku menujunya Biarkan aku melewatinya Hanya Maghfirah Cinta Mu Yang menyelamatkanku Hanya Hidayah Kasih Mu Yang membawaku Menuju pintu Surga Mu Tak ada cinta yang sejati Selain Maghfirah Cinta Mu Dalam pelangi hidupku

MAK ~ suka BOHONG !

01.PEMBOHONGAN IBU YANG PERTAMA -

Cerita ini bermula ketika saya masih kecil. Saya lahir sebagai seorang anak lelaki dalam sebuah keluarga yang miskin. Makan minum serba kekurangan. Kami sering kelaparan.

Ada kalanya selama beberapa hari kami terpaksa makan berlaukkan seekor ikan masin dikongsi 1 keluarga. Sebagai anak yang masih kecil, saya sering saja merungut. Saya menangis mahukan nasi dan lauk yang banyak. Tapi mak cepat memujuk.

Ketika makan, mak sering memberikan bahagian nasinya untuk saya.

Sambil memindahkan nasi ke mangkuk saya, mak berkata: "Makanlah nak, mak tak lapar.".


02.PEMBOHONGAN IBU YANG KEDUA - Ketika saya mulai besar, mak yang gigih sering meluangkan waktu senggangnya untuk pergi memancing di tali air berhampiran rumah. Mak berharap dari ikan hasil pancingan itu dapat memberikan sedikit makanan untuk pembesaran kami adik-beradik.

Pulang memancing, mak memasak gulai ikan yang segar dan mengundang selera. Sewaktu saya memakan gulai ikan itu, mak duduk di samping kami dan memakan sisa daging ikan yang menempel di tulang daripada bekas sisa ikan yang saya makan tadi.

Saya sedih melihat mak seperti itu.

Hati saya tersentuh, lalu dengan menggunakan sudu, saya memberikan ikan itu kepada mak. Tetapi mak dengan cepat menolaknya. Mak berkata: "Makanlah nak, mak tak suka makan ikan."


03.PEMBOHONGAN IBU YANG KETIGA - Di usia awal remaja, saya masuk sekolah menengah. Mak pergi ke kedai dengan membawa sejumlah penyapu lidi dan kuih-muih untuk menyara persekolahan saya, abang dan kakak.

Suatu dinihari, lebih kurang 1.30 pagi, saya terjaga dari tidur. Saya melihat mak sedang membuat kuih bertemankan sebuah pelita di hadapannya. Beberapa kali saya lihat kepala mak terhangguk kerana terlalu mengantuk.

Saya berkata: "Mak, tidurlah, esok pagi mak kena pergi kebun pula." Mak tersenyum dan berkata: "Cepatlah tidur nak, mak belum mengantuk lagi."


04.PEMBOHONGAN IBU YANG KEEMPAT - Di hujung musim persekolahan, mak meminta cuti kerja supaya dapat menemani saya pergi ke sekolah untuk menduduki peperiksaan penting. Ketika hari sudah siang, terik panas matahari mulai menyinari, mak terus sabar menunggu saya di luar dewan.

Mak sering kali saja tersenyum dan mulutnya terkumat-kamit berdoa kepada Ilahi agar saya lulus ujian peperiksaan ini dengan cemerlang.

Ketika lonceng berbunyi menandakan ujian sudah selesai, mak dengan segera menyambut saya dan menuangkan kopi yang sudah disiapkan dalam botol yang dibawanya.

Kopi yang kental itu tidak dapat dibandingkan dengan kasih sayang mak yang jauh lebih kental.Melihat tubuh mak yang dibasahi peluh, saya segera memberikan cawan saya itu untuk mak dan menyuruhnya minum.

Tapi mak cepat-cepat menolaknya dan berkata: "Minumlah nak, mak tak haus."


05.PEMBOHONGAN IBU YANG KELIMA - Setelah pemergian ayah kerana sakit, iaitu selepas adik saya baru beberapa bulan dilahirkan, maklah yang mengambil tugas sebagai ayah kepada kami sekeluarga. Mak bekerja mengambil upah di kebun, membuat penyapu lidi dan berjual kuih-muih agar kami tidak kelaparan.

Tapi apalah sangat kudrat seorang ibu. Kehidupan keluarga kami semakin susah dan susah. Melihat keadaan keluarga yang semakin parah, seorang pakcik yang baik hati dan tinggal berjiran dengan kami, datang membantu mak.

Anehnya, mak menolak bantuan itu.

Jiran-jiran sering menasihati mak supaya menikah lagi agar ada seorang lelaki yang akan menjaga mak dan mencarikan wang untuk kami sekeluarga. Tetapi mak yang memang keras hatinya tidak mengendahkan nasihat mereka.

Mak berkata: "Saya tidak perlukan cinta, saya tidak perlukan lelaki."


06.PEMBOHONGAN IBU YANG KEENAM - Setelah kakak dan abang habis belajar dan mulai bekerja, mak sudah pun tua. Kakak dan abang menyuruh mak supaya berehat saja di rumah. Tidak payahlah lagi bersusah payah dan bersengkang mata untuk mencari duit, tetapi mak tidak mahu.
Mak rela pergi pasar setiap pagi menjual sedikit sayur untuk memenuhi kekperluan hidupnya.
Kakak dan abang yang bekerja jauh di kota besar sering mengirimkan wang untuk membantu memenuhi keperluan mak, pun begitu mak tetap berkeras tidak mahu menerima wang tersebut.
Malahan mak mengirim balik wang itu, dan mak berkata: "Jangan susah-susah, mak ada duit."


07.PEMBOHONGAN IBU YANG KETUJUH - Setelah tamat pengajian di universiti, saya melanjutkan pelajaran ke peringkat sarjana di luar negara.Pengajian saya di sana dibiayai sepenuhnya oleh sebuah syarikat besar.Sarjana itu saya sudahi dengan cemerlang, kemudian saya pun bekerja dengan syarikat yang telah membiayai pengajian saya, juga di luar negara.Dengan gaji yang agak lumayan, saya berhajat membawa mak untuk menikmati penghujung hidupnya di luar negara.

Pada pandangan saya, mak sudah puas bersusah payah untuk kami. Hampir seluruh hidupnya habis dengan penderitaan, eloklah kalau hari-hari tuanya ini mak habiskan dengan keceriaan dan keindahan pula. Tetapi ibu yang baik hati, menolak ajakan saya.

Mak tidak mahu menyusahkan anaknya ini dengan berkata: "Tak payahlah, mak tak biasa tinggal di negara orang."


08.PEMBOHONGAN IBU YANG KELAPAN - Beberapa tahun berlalu, mak semakin tua. Suatu malam saya menerima berita mak diserang penyakit kanser.Mak mesti dibedah secepat mungkin. Saya menjenguk ibunda tercinta.Saya melihat mak terbaring lemah di katil hospital setelah menjalani pembedahan.

Mak yang kelihatan sangat tua, menatap wajah saya dengan penuh kerinduan. Mak menghadiahkan saya sebuah senyuman biarpun agak kaku kerana terpakas menahan sakit yang menjalari setiap inci tubuhnya. Saya dapat melihat dengan jelas betapa penyakit itu telah memamah tubuh ibu sehingga mak menjadi terlalu lemah dan kurus.

Saya menatap wajah mak sambil berlinangan air mata.Saya cium tangan mak, kemudian saya kucup pula pipi dan dahinya. Di saat itu hati saya terlalu pedih, sakit sekali melihat mak dalam keadaan seperti ini.

Tetapi mak tetap tersenyum dan berkata-kata: "Jangan menangis nak, mak tak sakit."

Setelah mengucapkan pembohongan yang kelapan itu, ibunda tercinta menutup matanya untuk kali terakhir kali.

Anda bertuah kerana masih mempunyai ibu dan ayah. Anda boleh memeluk dan menciumnya. Kalau ibu anda jauh dari mata, anda boleh menelefonnya sekarang, dan berkata:

MAK, SAYA SAYANGKAN MAK!

Tapi tidak saya. Sehingga kini saya diburu rasa bersalah yang amat sangat kerana biarpun mengasihi mak lebih dari segala-galanya, tapi tidak pernah sekalipun saya membisikkan kata-kata itu ke telinga mak, sampailah saat mak menghembuskan nafasnya yang terakhir.